BELUM cukup setahun memegang status sebagai isteri orang, perkahwinan pelakon Raisya Bawazier dilaporkan bakal berakhir dengan perceraian.Permohonan cerai dibuat oleh suaminya, Muhammad Zidan di Mahkamah Syariah Jakarta Pusat, Indonesia pada 21 Ogos lalu. Ketika bertemu media pada persidangan pertama kes perceraian, Zidan memberitahu dia membuat permohonan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman dengan aktres berkenaan.Perkahwinan Raisya dan Zidan tidak bertahan lama. "Sudah tidak sesuai bersama, berbeza pendapat sejak awal," katanya.Perbicaraan tersebut bagaimanapun ditangguhkan susulan Raisya tidak hadir ke mahkamah kerana belum menerima sebarang notis tuntutan cerai.Dalam pada itu, Zidan menafikan orang ketiga menjadi punca pergolakan rumah tangga mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan suami curang, Siti Badriah pesan semak fakta sebelum buat spekulasi ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen berang alamat rumah tersebar, dakwa ‘dibocorkan’ penghantar makananMalah, dia tenang dan bersedia untuk melepaskan isterinya itu."Biar lebih senang supaya dia boleh bertemu dengan orang yang lebih baik. Mungkin dirasakan saya ada kekurangan," ujarnya.Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube