PENYANYI Cher mendakwa menantunya, Marie Angela King cuba mengambil kesempatan terhadap keadaan anak lelakinya iaitu Elijah Blue yang dimasukkan ke hospital gara-gara masalah mental demi mendapatkan wang dan populariti.Cher, 80, memaklumkan perkara itu ketika memfailkan dokumen di mahkamah bagi membantah permohonan Marie Angela yang mahu dilantik sebagai penjaga kepada Elijah untuk mengawal kehidupan lelaki berkenaan. Dakwa Cher, Marie Angela gagal menjaga Elijah sebelum anaknya itu ditahan di New Hampshire baru-baru ini gara-gara membuat kekecohan selain memecah masuk rumah. Cher akan menjaga Elijah walau apapun terjadi. Cher percaya tindakan menantunya mahu mengambil alih penjagaan Elijah adalah kerana cuba kembali dalam kehidupan anaknya atas kepentingan peribadi."Dia (Marie Angela) cuba memasukkan dirinya semula dalam kehidupan Elijah demi mendapatkan wang dan populariti," kata Cher. Cher turut mendakwa Elijah sudah tiga kali menolak permintaan Marie Angela untuk melawatnya ketika ditempatkan di Hospital Negeri New Hampshire.ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih 40 tahun lebih muda, Cher pilih anak ikan sebab lelaki sebaya semuanya sudah ‘pergi’ARTIKEL BERKAITAN: Cher dituduh mentua dari neraka, minta anak fail cerai dan tuntut hak penjagaan hartaSebelum ini, Marie Angela mendakwa Cher menghalangnya daripada membantu Elijah menerusi dokumen yang difailkan di mahkamah.Marie Angela juga mendakwa hubungan Cher dan Elijah tidak begitu baik selama bertahun-tahun selain berpendapat penyanyi itu tidak sepatutnya bertanggungjawab terhadap penjagaan anaknya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube