suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh tanggung hidup mewah teman lelaki, abang Kendall Jenner tampil ‘back up’ adik

Hubungan Kendall dan Jacob dalam keadaan baik.

ABANG kepada personaliti media sosial, Kendall Jenner iaitu Brody Jenner tampil menafikan dakwaan kononnya model itu menanggung segala perbelanjaan kekasih yang juga pelakon Jacob Elordi sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Brody, laporan ditulis portal berkenaan adalah tidak benar dan sekadar mahu menarik perhatian pembaca.

“Saya boleh sahkan bahawa ini hanyalah ‘clickbait’. Ia tidak benar sama sekali," katanya menerusi ruangan komen sebuah hantaran di Instagram.

Kendall dikatakan mahu menjadikan Jacob sebagai suami. 

Brody, 43, memberikan respons itu selepas akaun The Spill Room berkongsi laporan mengenai kebimbangan keluarga Kendall terhadap hubungannya dengan Jacob.

Ia susulan satu laporan berita mendakwa keluarga Kendall kurang senang apabila model berusia 30 tahun itu dikatakan menanggung sebahagian besar kos kehidupan mewah mereka.

Menurut sumber, Kendall didakwa membayar perbelanjaan termasuk percutian mahal, penginapan di hotel mewah serta penggunaan jet peribadi.

Malah, Jacob, 29, turut didakwa tidak banyak menyumbang dalam menanggung kos sepanjang mereka melancong bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan makin serius, Kendall Jenner anggap Jacob Elordi calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercinta! Hawaii eratkan hubungan Kendall Jenner, Jacob Elordi

Bagaimanapun, Brody secara terbuka menolak dakwaan tersebut sekali gus mempertahankan hubungan adiknya dengan pelakon berkenaan.

Untuk rekod, Kendall dan Jacob mula dikatakan bercinta selepas dilihat bersama ketika menghadiri parti Vanity Fair Oscar pada Mac lalu.

Hubungan mereka kemudian terus menjadi perhatian selepas kedua-duanya dilihat bersama ketika festival Coachella pada April.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain