PERSONALITI media sosial dan model, Kendall Jenner kini dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon kelahiran Australia, Jacob Elordi.Hubungan itu dikatakan mula tercetus selepas mereka berdua dilihat meluangkan masa bersama menikmati percutian di Hawaii, Amerika Syarikat baru-baru ini. Menurut sumber, tempoh percutian tersebut menjadikan kedua-dua mereka semakin rapat.Gambar Kendall Jenner dan Jacob Elordi bercuti tular di media sosial. "Kendall benar-benar tak sangka dia boleh menyukai Jacob secepat ini, tetapi percutian di Hawaii mengubah segalanya."Mereka jadi sangat rapat sepanjang percutian itu dan ia memang membuatkan hubungan mereka lebih kukuh. Hubungan ini menjadi lebih serius daripada yang Kendall jangkakan," kata sumber.Tambahnya, Kendall juga dikatakan sangat bahagia dan menyifatkan Jacob sebagai teman lelaki yang paling istimewa.ARTIKEL BERKAITAN: Susah jadi ibu, Kendall Jenner belum sedia timang anakARTIKEL BERKAITAN: Bercuti atas kapal layar mewah, peminat kecam imej seksi Kendall Jenner"Rakan-rakan dan ahli keluarganya juga dapat melihat betapa Kendall menyukai Jacob."Ia sangat menyeronokkan buat Kendall kerana dia kini dapat meluangkan masa bersama lelaki yang benar-benar serasi dan mudah menyesuaikan diri dengan kehidupannya."Sudah lama dia tidak merasai perkara itu. Jacob seorang lelaki yang sangat baik. Dia sangat menghormati orang lain dan mudah didekati," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!