suria

Kim Jae Joong bekukan sperma sebelum kahwin, kantoi staf hospital jerit nama

Jae Joong kongsi pengalaman lucu di hospital.

TANPA berselindung, penyanyi Kim Jae Joong mendedahkan dia pernah melakukan proses membekukan sperma sebagai persediaan untuk mendapatkan anak selepas berkahwin.

Bagaimanapun, menurut Jae Joong, 40, dia terpaksa menghentikan prosedur berkenaan selepas mendapat tahu sel sperma tidak boleh disimpan dalam tempoh terlalu lama.

"Saya mahu berkahwin dan cuba membekukan sperma. Saya mahu membuat persediaan untuk mendapatkan bayi yang sihat.

Jae Joong sedia bergelar bapa. 

"Mereka buang sperma yang disimpan selepas tiga hingga lima tahun. Saya rasa sangat kecewa apabila ia dibuang. Jadi saya rancang untuk tidak meneruskannya," katanya.

Jae Joong berkongsi perkara tersebut kepada beberapa orang rakan artis ketika mereka sama-sama muncul dalam sebuah program televisyen.

Dalam masa sama, dia turut menceritakan pengalaman lucu yang dilalui ketika hadir ke sebuah pusat perubatan bagi tujuan membekukan sel sperma.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah rasa nak kahwin, pelakon popular sanggup guna khidmat agensi cari jodoh 

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu semangat buat persembahan, penyanyi wanita tak sedar baju dalam dah tercabut

“Saya ke hospital untuk konsultasi pertama dan doktor tiba-tiba berkata, ‘Sila buka seluar anda’. Mereka mulakan dengan memeriksa jika ada sebarang masalah luaran.

“Saya cuba pergi secara rahsia dan memakai pelitup muka, tetapi staf hospital tiba-tiba memanggil nama saya dengan kuat.

“Saya ubah suara untuk berpura-pura itu bukan saya,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain