PENYANYI Mahalini tidak berdiam diri selepas menerima kritikan hebat daripada netizen berhubung artikulasi atau cara sebutannya yang dianggap kurang jelas dalam lagu terbaharu berjudul Seketika.Ia apabila sebahagian pendengar berpendapat cara sebutan Mahalini itu menyebabkan lirik lagu berkenaan menjadi sukar untuk difahami.Ada yang mendakwa sebutan Mahalini membuatkan lirik lagunya sukar difahami. Tampil mempertahankan diri, Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 26, menjelaskan bahawa gaya nyanyian tersebut merupakan satu teknik yang sengaja dipilihnya dan bukanlah kerana dia tidak mampu menyebut perkataan dengan betul.Menerusi ruangan komen di akaun TikTok miliknya, Mahalini mendedahkan dia bimbang penekanan konsonan yang terlalu tegas pada setiap perkataan akan menjejaskan penyampaian emosi atau rasa dalam lagu itu."Kalau saya ketika rakaman memang tidak terlalu suka menyebut yang terlalu jelas. Saya rasa emosinya tidak sampai kalau terlalu tegas pada setiap perkataan," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong kerana tolak permintaan bergambar, Mahalini beri jawapan ‘pedas’ARTIKEL BERKAITAN: Belum masa dedah wajah anak, Mahalini utamakan privasi keluargaKata Mahalini, seni nyanyian bukan sekadar tentang sebutan perkataan yang sempurna, sebaliknya melodi itu sendiri yang memainkan peranan penting.Mahalini turut menjelaskan bahawa teknik menyambungkan perkataan amat penting bagi menghidupkan lagi lagu tersebut. "Apatah lagi untuk lagu bahasa Inggeris atau lagu upbeat, saya rasa cara nyanyian perlu lebih bersambung supaya sebutannya tidak kedengaran terlalu ‘Indo-English’," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!