SEORANG wanita mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah Grand Indonesia, Jakarta ketika penyanyi Afgan sedang mengadakan persembahan pada Khamis. Menerusi video tular di Instagram, suasana yang pada awalnya tenang bertukar kecoh apabila wanita berkenaan dilihat berdiri di tingkat atas sambil memegang mikrofon dan pembesar suara mudah alih miliknya sendiri. Tindakan itu mengganggu tumpuan pengunjung yang sedang menikmati persembahan Afgan apabila celotehnya melalui mikrofon mengganggu kelancaran acara tersebut.Persembahan Afgan terganggu akibat peminat fanatik.Pihak keselamatan pusat beli-belah kemudian cuba menenangkan keadaan secara baik, namun wanita berkenaan dilihat enggan memberi kerjasama dan terus bercakap menggunakan mikrofon.Keadaan menjadi semakin tegang apabila petugas bertindak merampas mikrofon dan pembesar suara yang digunakannya.Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, wanita terbabit dilihat meronta-ronta sambil terus bercakap, sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tercegat depan rumah Afgan, bawa ibu untuk melamarARTIKEL BERKAITAN: Afgan pernah lalai, kembali dekat dengan Tuhan selepas bergelar hajiLebih membimbangkan, keadaan menjadi semakin cemas apabila dia secara tiba-tiba bertindak agresif dan seolah-olah cuba terjun dari tingkat atas pusat beli-belah tersebut.Wanita itu akhirnya berjaya dikawal sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.Akibat kekecohan itu, persembahan Afgan turut terhenti seketika sebelum penyanyi tersebut kembali meneruskan nyanyiannya beberapa minit kemudian.Bagaimanapun, motif sebenar tindakannya masih belum diketahui.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!