PELAKON Salman Khan mendedahkan dia tidak pernah membaca skrip sepanjang kerjayanya dalam industri perfileman.Meskipun sudah membintangi puluhan filem besar Bollywood, Salman menerusi satu temu bual bersama Variety India memberitahu dia tidak pernah meneliti skrip sebelum bersetuju menerima tawaran itu. "Saya tak pernah baca skrip dalam hidup saya. Saya pernah tulis skrip, tapi saya tak pernah baca," katanya.Filem lakonan Salman sentiasa mendapat kutipan box office.Pengakuan tersebut sekali gus menimbulkan persoalan tentang bagaimana cara aktor berkenaan memilih filem, terutamanya apabila dirinya sentiasa membintangi naskhah-naskhah box office di Bollywood. Sebelum ini, Salman pernah memberi gambaran bahawa dia lebih menilai sesebuah projek berdasarkan 'rasa', konsep keseluruhan serta potensi komersial, berbanding membaca skrip secara terperinci seperti kebiasaan pelakon lain.ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan, impi timang anakARTIKEL BERKAITAN: Peminat tidur bermalam di balkoni rumah, Salman Khan pasang kaca kalis peluruPendedahan terbaharu itu sekali gus menguatkan imejnya sebagai pelakon yang bergantung pada intuisi dan pengalaman berbanding pendekatan tradisional dalam proses lakonan.Untuk rekod, Salman memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Maine Pyar Kiya pada 1989, yang melonjakkan namanya sebagai antara bintang muda paling popular ketika itu.Antara filem box office lakonannya termasuk Hello Brother, Kuch Kuch Hota Hai, Dulhan Hum Le Jayenge dan beberapa lagi judul popular Bollywood.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!