VOKALIS kumpulan rock iaitu Bring Me the Horizon iaitu Oli Sykes mengalami gegaran otak ringan selepas terkena sebuah telefon bimbit yang dibaling peminatnya.Memetik laporan People.com, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu semasa Oli membuat persembahan di St. Louis, Amerika Syarikat. Menerusi video yang tular, insiden tersebut berlaku ketika kumpulan tersebut menyanyikan lagu Happy Song sebelum telefon berkenaan terkena di bahagian kiri kepala Oli secara tiba-tiba.Oli terduduk menahan sakit di kepala.Akibat kejadian itu, penyanyi berusia 38 tahun tersebut dilihat terduduk seketika di atas pentas sambil menahan kesakitan sebelum meneruskan persembahan.Namun sehari selepas kejadian, Oli mengesahkan mengalami gegaran otak ringan selain bengkak pada bahagian kepala akibat hentakan kuat itu.“Saya okay, cuma alami gegaran ringan dan sedikit bengkak. Kalau persembahan saya nampak kurang bertenaga selepas itu, memang sebab saya rasa pening,” katanya menerusi hantaran di Instagram.ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo nekad cerai, dah muak sikap suamiARTIKEL BERKAITAN: Cuma tidur 20 jam seminggu, pelakon terpaksa dipapah kerana keletihanDalam masa sama, dia turut meminta orang ramai berhenti membaling objek ke arah artis ketika konsert kerana tindakan itu boleh mengundang tragedi lebih buruk.Insiden tersebut mencetuskan kemarahan peminat yang menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai keterlaluan dan tidak menghormati artis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!