suria

Cuma tidur 20 jam seminggu, pelakon terpaksa dipapah kerana keletihan

GARA-GARA jadual kerja yang terlalu padat, pelakon Zhang Linghe berdepan masalah kesihatan kerana kurang tidur.

Difahamkan, pelakon berasal dari China ini hanya berehat kira-kira 20 jam seminggu.

Malah sepanjang Mac dan April lalu, dia dipercayai kerap berulang-alik antara lokasi penggambaran drama dan rakaman program hiburan.

Linghe sibuk membintangi pelbagai drama.

Ada masanya dia tiba di set penggambaran sebelum waktu subuh dan terus memulakan kerja tanpa mendapat tidur yang mencukupi.

Keadaan itu semakin membimbangkan apabila Linghe dilaporkan mengalami masalah gula rendah dalam darah selain kecederaan pada kaki yang memerlukan rawatan fisioterapi.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan kerja dan enggan menangguhkan jadual penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura masuk hospital gara-gara jari luka potong limau nipis... Netizen sindir ibu-ibu setiap hari memasak masih hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut bilik penyanyi macam tongkang pecah, barang bersepah penuh lantai

Malah, tular beberapa rakaman video memaparkan Linghe terpaksa dipapah oleh kakitangan kerana kelihatan terlalu letih.

Situasi berkenaan membuatkan ramai peminat meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan fizikal dan mental pelakon tersebut.

Rata-rata netizen turut mendakwa industri hiburan China sememangnya terkenal dengan jadual kerja ekstrem, terutama dalam kalangan artis yang berada di kemuncak populariti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain