PELAKON Lee Joon mendedahkan dirinya sudah bersedia mencari pasangan hidup dalam masa terdekat sehingga sanggup mendapatkan khidmat agensi pencari jodoh profesional.Menurut Lee Joon, 39, agensi tersebut pernah berjaya menyatukan beberapa pasangan sebelum ini menyebabkan dia yakin untuk mencuba nasib. Cerita Lee Joon, dia terkejut melihat proses dan borang yang perlu diisi secara terperinci.Lee Joon akui rumit isi borang mencari jodoh.“Prosesnya jauh lebih sukar daripada apa yang saya jangkakan. Tapi saya lebih bimbang kalau ada calon yang mengelak untuk bertemu selebriti.“Kita tak akan tahu bila seorang selebriti akan tiba-tiba jatuh cinta,” katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam sebuah saluran YouTube.Dalam pada itu, Lee Joon berkata, dia lebih mengutamakan personaliti berbanding rupa paras dalam mencari pasangan hidup.ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura masuk hospital gara-gara jari luka potong limau nipis... Netizen sindir ibu-ibu setiap hari memasak masih hidup!ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut bilik penyanyi macam tongkang pecah, barang bersepah penuh lantaiMalah katanya, dia juga tidak terlalu mementingkan soal pekerjaan, tahap pendidikan mahupun agama bakal pasangan.“Bagi saya, rupa paras hanya bertahan seketika, tetapi paling penting dia lebih muda daripada saya,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!