suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perangkap tikus elektrik ‘makan’ tuan, petani maut terkena renjatan di sawah

Kematian yang berlaku secara tiba-tiba sama ada disebabkan faktor kesihatan atau kemalangan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -Gambar hiasan

SEORANG petani warga emas maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik daripada perangkap tikus yang dipasang di kawasan sawah miliknya.

Dalam kejadian pada 13 November lalu di Desa Sidowarno, Kecamatan Wonosari, Klaten, Indonesia, mangsa yang berusia 68 tahun ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan terlentang di atas wayar yang mempunyai aliran elektrik.

Saksi kejadian, Agus Budi Santoso, 46, berkata dia menemui mangsa ketika melalui kawasan sawah berkenaan pada pagi hari kejadian.

"Saya pergi ke sawah kira-kira pukul 7.30 pagi. Ketika melalui kawasan itu, saya ternampak mangsa sudah terbaring. Saya terus pulang untuk memaklumkan perkara itu kepada jiran dan ketua kampung," ujarnya.

Pemeriksaan di lokasi turut menemukan enam ekor tikus dan seekor burung yang mati berhampiran perangkap elektrik tersebut.

Menurut Agus, mangsa merupakan seorang petani yang mengusahakan sendiri sawah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Desa Sidowarno, Parno, 47, berkata serangan tikus yang merosakkan tanaman padi sejak kebelakangan ini sememangnya meresahkan petani. 

Katanya, perangkap tikus menggunakan aliran elektrik itu dipercayai baru dipasang di kawasan sawah berkenaan kira-kira sebulan lalu.

Dalam pada itu, pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Wonosari, Aipda Oeloeng Pramoeditha, mengesahkan terdapat kesan melecur pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarga sebelum urusan pengebumian dilakukan. -Agensi

Artikel Lain