suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teka-teki terjawab... Akim, Farah, Felix & Ara layak ke GV Fantasia

Peserta kerusi panas GVF dipilih menerusi undian penonton.

SEMINGGU yang penuh tanda tanya akhirnya terungkai pada malam Ahad apabila empat bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) berjaya mara ke pertandingan Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Peserta pertama yang diumumkan ialah Akim Ahmad selepas meraih undian tertinggi sebanyak 25 peratus.

Akim membuat kemunculan dari tempat duduk penonton sebelum menyampaikan lagu Bengang. Persembahannya turut diserikan dengan kehadiran isteri, Stacy di sisi pentas.

Akim dan Felix (kanan) bakal menjadi pesaing dalam GVF.

Peserta kerusi panas GVF dipilih menerusi undian penonton.

Suasana Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semakin gamat apabila Farah Anuar diumumkan sebagai peserta kedua selepas memperoleh 16 peratus undian.

Farah turut membuat persembahan lagu popularnya, Tangsian Dalam Kerinduan.

Sementara itu, bekas peserta AF3, Felix berjaya meraih 13 peratus undian dan membuat kemunculan menerusi rakaman video memandangkan dia kini berada di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Sufie Rashid tidak sertai GV Fantasia, mohon maaf hampakan peminat

Peserta terakhir melayakkan diri ialah Ara dengan sembilan peratus undi. Bekas peserta AF13 itu juga muncul menerusi rakaman video kerana berada di Sarawak atas komitmen persembahan.

Kesemua mereka bakal bersaing bersama sembilan lagi peserta yang sudah diumumkan lebih awal iaitu Mawi (AF3), Vince (AF1), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Zahid (AF2), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).

Sebelum ini, beberapa nama turut disenaraikan dalam kategori kerusi panas antaranya Khai, Azizi (AF1), Adam (AF2), Amylea Azizan (AF3), Farhan dan Velvet (AF4).

Ara antara peserta AF yang diundi masuk GVF.

Ara antara peserta AF yang diundi masuk GVF.

Turut tersenarai dalam GVundi ialah Ebi Kornelis dan Aswad (AF5), Riz Zaizizi dan Toi (AF6), Aril Pilus dan Isma (AF7), Daus dan Maulana (AF8), Lena dan Fyna Jebat (AF9), Aman Aziz dan Ewal (AF2014), Billa Najmi dan Afi (AF2015) serta Amal (AF2016).

GVF dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Jihan Muse selaku trio hos, manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz sebagai juri.

GVF bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

 

Artikel Lain