GARA-GARA ditegur kerana kesalahan tajwid ketika membaca al-Quran, pelakon Nikita Willy sempat bermasam muka dengan suami sendiri. Berkongsi perkara tersebut, suami kepada Nikita iaitu Idra Priawan menanggap ia satu pengalaman lucu apabila isterinya tidak dapat menerima teguran berkenaan. “Dia tengah mengaji, saya cuma betulkan sedikit saja,” katanya.Nikita bersama suami dan dua anaknya.Menurut Indra, ketika itu Nikita sedang membaca al-Quran sebelum dia bertindak menegur bahagian bacaan yang kurang tepat dari segi tajwid.Bagaimanapun, teguran tersebut dipercayai membuatkan Nikita berasa geram sehingga meminta suaminya supaya tidak lagi mencelah.“Dia terus marah dan cakap, ‘sudahlah, diam saja!’” kongsi Indra.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat menangis lihat Nikita Willy sudah berhijabARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah Nikita Willy jadi sorotan, suami didakwa ‘songlap’ dana syarikat RM250 jutaPerkongsian itu mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap situasi tersebut sangat berkaitan dalam kehidupan rumah tangga.Dalam masa sama, pasangan berkenaan dilihat semakin aktif mendalami ilmu agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Nikita juga dilihat mula tampil bertudung sejak Ramadan lalu selain sering menghadiri majlis ilmu bersama suami.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!