ISTERI kepada penyanyi Al Ghazali iaitu Alyssa Daguise memohon orang ramai agar tidak menjadikan nama anak pertama mereka, Soleil Zephora Ghazali sebagai bahan gurauan. Teguran itu dibuat menerusi saluran Instagram miliknya, 'Daily Dose of Alyssa' pada Selasa. Menurut Alyssa, dia menyedari bahawa nama berkenaan mungkin kedengaran asing atau unik bagi sesetengah pihak, namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka.Alyssa (kanan) dan Al Ghazali memilih nama Soleil Zephora Ghazali untuk puteri mereka."Saya tahu nama Soleil mungkin kedengaran unik bagi sesetengah orang tapi tolong jangan jadikannya bahan gurauan ya, tidak kelakar," katanya. Dalam pada itu, Alyssa menjelaskan bahawa pemilihan nama tersebut dibuat selepas pertimbangan yang teliti bersama suaminya kerana mempunyai makna dan nilai emosi yang mendalam.ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali mahu jaga privasi anak, bimbang jadi sasaran di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Enggan terlepas momen bahagia, Al Ghazali sanggup tolak tawaran kerja... setia di sisi isteri sebelum bersalin"Namanya mempunyai maksud dan makna yang sangat istimewa untuk kami, jadi saya harap ia boleh dihargai. Terima kasih," ujarnya. Pada 10 Mei lalu, Alyssa yang juga merupakan menantu kepada komposer Ahmad Dhani selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.16 pagi. Untuk rekod Al Ghazali dan Alyssa mendirikan rumah tangga 16 Jun 2025 di Hotel The St. Regis Jakarta, Indonesia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!