suria

Penampilan terbaharu Lisa Blackpink cetus spekulasi, peminat ‘back up’ tuduhan buat pembedahan payudara

Penampilan seksi Lisa menarik perhatian ramai.

PENAMPILAN anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban di acara berprestij Met Gala menjadi bualan hangat apabila perubahan pada fizikalnya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam foto yang dikongsi di Instagram, Lisa tampil anggun menggayakan busana sutera yang dipadankan dengan blazer berbulu serta aksesori berlian mewah.

Namun, bukan sekadar busana atau aksesori yang menjadi tumpuan, sebaliknya perubahan pada penampilannya telah mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan pengguna media sosial.

Peminat percaya Lisa tidak akan melakukan pembedahan payudara.

Menurut laporan Koreaboo, terdapat dakwaan yang mengaitkan kemungkinan Lisa menjalani pembedahan pembesaran payudara.

"Lisa agak keterlaluan, pembedahan apa yang dia lakukan?" tulis netizen. 

Bagaimanapun, dakwaan tersebut segera dinafikan oleh para peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji penampilan Lisa, semakin bergaya berbanding bersama Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink trauma, dikejar peminat fanatik sampai ke rumah

Mereka turut menegaskan bahawa perubahan tersebut adalah sekadar ilusi visual hasil daripada fesyen dan gaya persembahan, bukannya disebabkan sebarang prosedur kosmetik.

"Lisa cuma nampak lain dengan pakaian yang digayakan. Tak mungkin dia buat pembedahan. 

"Dia mana ada masa nak buat pembedahan, lepas operasi kena berehat berminggu-minggu sedangkan jadual persembahannya sangat padat. 

"Kalau betul pembedahan pun, bayang dada takkan nampak seperti itu. Ia hanya sekadar gaya," kata peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain