suria

Pinkan Mambo nekad cerai, dah muak sikap suami

Pinkan sudah puas bersabar dengan suaminya.

PENYANYI Pinkan Mambo mendedahkan dia kini sah bercerai dengan suaminya, Arya Khan.

Menurut Pinkan, 45, keputusan itu dibuat secara muktamad dan dia tidak berhasrat untuk kembali rujuk bersama Arya.

Berkongsi punca perpisahan, Pinkan mengakui sudah penat dengan sikap Arya yang didakwa berulang kali merosakkan kepercayaannya.

Pinkan tekad dengan keputusan dibuat.

“Apa yang boleh saya katakan, jodoh kami setakat ini saja. Saya letih apabila sudah beri kepercayaan tetapi ia dimusnahkan berkali-kali,” katanya seperti dipetik menerusi laporan media Indonesia.

Tidak hanya itu, Pinkan turut menuduh Arya menyembunyikan sejumlah wang selain membina rumah secara rahsia tanpa pengetahuannya.

Dalam pada itu, Pinkan turut meluahkan rasa kecewa berhubung isu kewangan dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Pinkan Mambo pula muncul... Dakwa bapa tiri ambil kesempatan terhadap ibu, hanya beri RM90 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Pinkan Mambo cari rezeki, sanggup terbaring tengah jalan sambil menyanyi

Katanya, kebanyakan perbelanjaan harian termasuk keperluan Arya ditanggung menggunakan wangnya.

“Dia panggil saya mata duitan, sedangkan semua yang saya gunakan itu duit saya sendiri. Barang dia pun saya beli guna duit saya,” luahnya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan dikatakan bertengkar ketika melakukan siaran langsung di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi hubungan mereka bermasalah.

Pinkan mahu fokus pada anak-anak.

Untuk rekod, Pinkan dan Arya mendirikan rumah tangga pada Disember 2023 sebelum mengumumkan perceraian pada Oktober 2024.

Bagaimanapun, pada awal 2025 mereka kembali bersama dan menjalankan perniagaan donat serta pisang goreng secara bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain