suria

Peminat menangis lihat Nikita Willy sudah berhijab

Penampilan baharu Nikita mendapat perhatian ramai.

PELAKON Nikita Willy sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kini dilihat semakin kerap mengenakan hijab dalam beberapa penampilan terkininya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Antara momen yang menjadi tumpuan adalah ketika dia meluangkan masa untuk makan malam dengan suami tercinta.

Nikita (kiri) dilihat turut berhijab sewaktu menyambut Aidilfitri.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nikita tampil anggun dan konsisten mengenakan hijab sepanjang acara berkenaan.

Rata-rata peminat memuji penampilan baharu aktres berkenaan dan mendoakan agar terus kekal istiqamah. 

"Baru kali pertama dalam hidup saya menangis terharu apabila artis terbuka hati untuk memakai tudung. Semoga istiqamah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah Nikita Willy jadi sorotan, suami didakwa ‘songlap’ dana syarikat RM250 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy mengaku tak pandai masak, sanggup upah chef peribadi sediakan makanan

"Alhamdulillah cantiknya, kami semua doakan agar Nikita istiqamah dalam berhijab," tulis netizen. 

Difahamkan, perubahan penampilan itu mula ketara selepas dia menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Sejak itu, Nikita dilihat lebih selesa tampil berhijab di khalayak ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain