suria

Penyanyi lelaki ada masalah duit, sanggup tipu pengikut konon jual ‘content’ eksklusif

Okin dikatakan sedang mengalami masalah kewangan.

PENYANYI dan personaliti media sosial, Niko Al Hakim sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa menipu dan menjual akses Close Friends (CF) di Instagram dengan harga murah.

Dakwaan itu tular menerusi satu perkongsian seorang individu di Threads yang menyatakan dirinya ditipu oleh Niko yang lebih dikenali sebagai Okin.  

Menurut individu tersebut, Okin dipercayai sudah lama menawarkan akses CF termasuk di akaun keduanya.

Okin dikatakan menipu pengikut yang sudah membeli akses CF nya. 

“Okin itu memang nampak seperti sangat memerlukan wang,” tulisnya.

Malah, dia turut mendakwa harga akses berkenaan semakin menurun daripada RM30 sehingga mencecah RM7.50.

“Harganya pun makin lama makin jatuh, dari RM30 hingga jadi RM7.50 sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat menangis lihat Nikita Willy sudah berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lelaki tergamak jual semula hadiah peminat

Dalam masa sama, kandungan yang dijanjikan juga didakwa tidak dimuat naik seperti diharapkan pembeli.

“Lebih teruk lagi, di dalam CF itu dia tidak memuat naik apa-apa,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang mempertikaikan tindakan berkenaan, malah ada yang mengaitkannya dengan dakwaan penyanyi itu sedang berdepan masalah kewangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain