PENYANYI Pinkan Mambo akhirnya tampil menjelaskan punca dirinya menyanyi di pinggir jalan sehingga mencetuskan pelbagai spelukasi dalam kalangan netizen.Menurut Pinkan, tindakan dibuat bukan kerana terdesak mencari duit, sebaliknya dia masih aktif menerima tawaran nyanyian dan tidak berdepan masalah kewangan. Bagaimanapun, Pinkan berkata dia kini mahu mencari pengalaman baharu selepas berasa jemu membuat persembahan pentas.Pinkan gigih mencari rezeki.“Saya masih lagi dapat tawaran nyanyian, tapi saya memilih untuk menyanyi di jalanan kerana sudah penat menghiburkan orang ramai di atas pentas. Saya sudah bosan.“Ini dunia baharu buat saya dan ia benar-benar mencabar. Saya ingin melakukan perkara yang belum pernah saya alami sebelum ini,” katanya seperti dipetik daripada laporan Suara.com.Dalam pada itu, Pinkan turut berkongsi perancangannya untuk mengembangkan kerjaya ke peringkat antarabangsa.Malah, dia menegaskan bayaran persembahan yang diterima masih kekal tinggi walaupun kini tampil menyanyi di jalanan.ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Pinkan Mambo cari rezeki, sanggup terbaring tengah jalan sambil menyanyiARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengamuk jalan sesak gara-gara Pinkan Mambo nyanyi tepi jalan“Saya fikir mahu menjelajah dunia, bukan Indonesia saja. Harga saya tetap RM48,000 (Rp200 juta).“Tahun depan harga saya akan setanding dengan Blackpink,” ujarnya.Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan mental penyanyi berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube