suria

Pelakon dicabul petugas paramedik, sengaja lengahkan bantuan kecemasan… Sempat rakam gambar tidak berbaju

Christine bimbang fotonya disebarkan.

PELAKON Christine Gulasatree Michalsky mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual petugas paramedik lelaki yang datang ke rumahnya pada 31 Mac lalu.

Menurut Christine, 31, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2 hingga 3 pagi ketika dia memerlukan bantuan untuk di bawa ke hospital.

Katanya, ketika itu dia berada dalam keadaan sedar namun lemah selain tidak dapat bergerak kerana mengalami kesukaran bernafas sekali gus membuatkan dia tidak mampu mempertahankan diri semasa serangan tersebut.

Christine enggan orang lain menjadi mangsa.

"Paramedik itu seorang lelaki dia enggan membawa saya ke hospital dengan kadar segera. 

"Semasa saya bersendirian dengannya dia menanggalkan sebahagian pakaian, menyentuh bahagian sensitif badan dan juga mengambil gambar bogel saya," katanya memetik laporan Kbizoom.

Seorang rakan yang mengetahui keadaan Christine menghubungi pihak berkuasa sebagai tindakan susulan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi tepi jalan bukan terdesak, Pinkan Mambo mahu setaraf Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lelaki tergamak jual semula hadiah peminat

Bagaimanapun ketika pihak pengawal keselamatan dan polis tiba, individu berkenaan didakwa cuba menutup perbuatan tidak senonoh itu dengan memakaikan baju kepada Christine.

Mala dia juga berpura-pura memberi bantuan perubatan.

Susulan kejadian itu Christine tampil membuat laporan polis dan kini sedang mengumpul bukti untuk membawa inidvidu berkenaan ke muka pengadilan.

Suspek yang merupakan lelaki berumur 43 tahun ditahan pihak berkuasa pada Jumaat mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain