PENSTRIM popular Korea Selatan Juice Seyeon mendedahkan ramai selebriti lelaki terkenal yang cuba mendekatinya untuk menjalinkan hubungan cinta menerusi pesanan peribadi (DM) di Instagram.Bagaimanapun, Seyeon mendakwa sikap golongan artis tersebut berubah secara mendadak sebaik sahaja foto tularnya berjalan bersama Pengerusi HYBE, Bang Si Hyuk di Los Angeles, Amerika Syarikat mula tersebar luas. Menurut Seyeon, selepas berita mengenai hubungannya dengan tokoh korporat muzik itu menjadi sebutan, beberapa selebriti yang sebelum ini menunjukkan minat bertindak memadam mesej dan berhenti mengikuti akaun media sosialnya.Pendedahan itu membuatkan ramai yang mengkiritk Seyeon.“Ada seorang penyanyi rap terkenal menunjukkan minat terhadap saya dan menghantar DM, tetapi sebaik sahaja artikel berkaitan Pengerusi Bang keluar, dia membatalkan dan memadam semua mesej tersebut.“Seorang pelakon terkenal yang semua orang kenal pernah mengikuti akaun saya sebelum secara senyap berhenti mengikuti, manakala seorang pemain bola sepak terkenal pula meninggalkan jejak selepas menonton Instagram Story saya,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi tepi jalan bukan terdesak, Pinkan Mambo mahu setaraf BlackpinkARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lelaki ada masalah duit, sanggup tipu pengikut konon jual ‘content’ eksklusifMengimbas kembali kejadian di Los Angeles, Amerika Syarikat itu, Seyeon menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dirakam secara tidak sengaja oleh seorang YouTuber sebelum identitinya dikesan oleh netizen.“Secara kebetulan saya dirakam dalam video YouTube di jalanan ketika berada di luar negara, dan seorang netizen menemuinya. "Pada masa sama, saya ada memuat naik foto memakai pakaian yang sama seperti dalam video itu, jadi perkara itu diketahui selepas ia dibandingkan,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube