suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi lelaki tergamak jual semula hadiah peminat

Penyanyi tersebut turut mengaku barang itu dibelinya sendiri.

AHLI kumpulan Daily:Direction iaitu E-Van didakwa menjual sehelai baju lengan panjang jenama Diesel yang pernah dihadiahkan oleh seorang peminat.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna X dikenali sebagai @happy_sunday_x yang mendakwa baju berkenaan merupakan pemberiannya ketika E-Van, 22, masih aktif bersama kumpulan lamanya iaitu Mirae.

Lebih mencetuskan kemarahan apabila penyanyi berkenaan didakwa menyenaraikan barangan itu sebagai milik peribadi yang dibeli sendiri olehnya di Jepun.

E-Van bagaimanapun sudah meminta maf kepada peminat itu. 

Dalam iklan jualan tersebut, pakaian itu ditawarkan pada harga ₩150,000 KRW (kira-kira RM350) lebih rendah berbanding harga asal sekitar ₩280,000 KRW (RM650).

"Saya beli di Jepun pada musim luruh dengan harga sekitar RM650. Saya basuh sekali sahaja tetapi cetakan sedikit terkopek dan sudah tidak memakainya lagi. Saya jual murah atas sebab itu," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Pinkan Mambo cari rezeki, sanggup terbaring tengah jalan sambil menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan menghilangkan diri, pelakon Korea Selatan didakwa pilih Malaysia selepas umum bersara

Peminat berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualan mesej peribadi bersama penjual di aplikasi berkenaan yang memaparkan namanya pada akaun tersebut.

Dalam perbualan tersebut, E-Van sudahpun memohon maaf dan mengakui tidak berfikir panjang sebelum bertindak menjual hadiah itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain