suria

Empat bulan menghilangkan diri, pelakon Korea Selatan didakwa pilih Malaysia selepas umum bersara

Kehilangan Jin Woong menjadi tanda tanya.

PELAKON Cho Jin Woong dikatakan kini menetap di Malaysia selepas mengumumkan bersara daripada kerjaya seni susulan kontroversi melibatkan dirinya.

Dalam satu temu bual di laman YouTube The Fact, seorang warga Korea Selatan yang juga menetap di Malaysia mendakwa melihat pelakon berkenaan berjalan di hadapannya.

Namun, individu berkenaan memberitahu dia tidak sempat merakam sebarang bukti gambar atau video.

Kontroversi memberi kesan besar terhadap kerjaya Jin Woong. 

"Dia jalan begitu cepat," katanya kepada The Fact.

Jin Woong, 50, sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan rakan-rakan artis. 

Malah, dia juga dilihat tidak lagi aktif dan berkongsi perkembangan peribadi di media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya hidup tanpa cahaya matahari"... Bintang K-Pop popular derita penyakit mental, pernah kurung diri macam 'hikikomori' 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah pengalaman pelik bekerja dengan artis popular, tak boleh bertentang mata jika berjumpa

Pada Disember tahun lalu, Jin Woong menjadi tumpuan ramai selepas berdepan dakwaan terlibat dalam kesalahan juvana ketika usia muda, termasuk melakukan gangguan seksual.

Dia tidak menafikan dakwaan berkenaan dan dalam masa sama menegaskan bukan semua tuduhan yang dibuat adalah benar.

Susulan itu, Jin Woong tampil memohon maaf secara terbuka dan nekad membuat keputusan untuk menamatkan kerjaya seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain