BINTANG bola sepak David Beckham dilaporkan sedang berdepan tekanan emosi susulan keretakan hubungan dengan anak sulungnya, Brooklyn.Menurut sumber terdekat, David kini sukar menyembunyikan kesedihannya malah dikatakan mudah tersentuh sehingga menangis hanya disebabkan perkara kecil. Situasi itu turut memberi kesan kepada isterinya, Victoria Beckham yang sama-sama terkesan dengan konflik keluarga berkenaan.Beckham sedih mengenangkan konflik keluarga mereka.Momen penuh emosi itu dikatakan berlaku ketika anak mereka, Cruz Beckham membuat persembahan bersama bandnya di The Courtyard Theatre, London Timur.Dalam persembahan tersebut, Cruz menyampaikan lagu berjudul Loneliest Boy yang didakwa menggambarkan keadaan hubungan keluarganya ketika ini.Seorang saksi memaklumkan suasana menjadi sayu ketika lagu itu dimainkan, malah David dilihat beberapa kali mengesat air mata kerana terlalu sebak.ARTIKEL BERKAITAN: David, Victoria Beckham pentingkan ‘jenama’ keluarga, anak jadi mangsa manipulasiARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubungVictoria pula cuba menenangkan suaminya, manakala Romeo Beckham turut dilihat hanyut dalam emosi.Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan isterinya, Nicola Peltz bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022.Kemelut keluarga ini semakin mendapat perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak menghadiri beberapa acara penting, termasuk sambutan ulang tahun keluarga.Lebih mengeruhkan keadaan, Brooklyn dilaporkan meminta David Beckham dan Victoria Beckham supaya tidak menghubunginya secara terus, sebaliknya hanya melalui peguam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube