suria

25 tahun tidak berjumpa, Takuya nekad pulang ke Jepun cari bapa kandung… Pertemuan singkat penuh air mata

Takuya pilih jalan hidup sendiri.

SELEPAS lebih dua dekad tidak bertemu, penyanyi Takuya akhirnya pulang ke Jepun untuk mencari bapanya yang hilang.

Menurut anggaota Cross Gene itu, dia melakukan proses pencarian tanpa mengetahui lokasi dan keadaan hidup bapanya setelah berpisah selama 25 tahun.

Namun usaha itu membuahkan hasil apabila dia bertemu bapanya yang kini berusia 71 tahun di asrama kakitangan sebuah syarikat pengedaran akhbar di pinggir Tokyo.

Antara foto kenangan Takuya bersama bapanya.Antara foto Takuya bersama bapanya.

"Awalnya saya tak yakin nak mencari dia kerana ada konflik dalaman antara kami," kongsinya dalam rancangan Mr. House Husband 2.

Pertemuan semula itu penuh dengan emosi apabila bapanya menangis teresak-esak sebaik sahaja mengenali anaknya. 

Lebih menyentuh hati pada pertemuan itu apabila bapanya mengeluarkan sekeping gambar yang sudah hampir koyak sebagai bukti pertalian darah mereka. 

Bapa Takuya turut memberikan wang saku sebanyak RM270 (100,000 KRW) sebagai simbol kasih sayang seorang ayah yang tertunda bertahun-tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hye Young didakwa solek anjing hingga luka, netizen anggap penderaan haiwan

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati proses undang-undang, Lee Soo Kyung lupakan hasrat miliki cahaya mata

"Itu adalah satu-satunya kenangan yang dia simpan selama 25 tahun ini. Dalam foto terselit memori lama saya bersembunyi di dalam bonet kereta kerana tak mahu berpisah," kongsinya.

Untuk info, Takuya kini menetap di Korea Selatan sejak 2009 selepas menganggotai kumpulan Cross Gene. 

Bagaimanapun selepas pelukan terakhir antara mereka, Takuya memilih untuk berpisah dan menutup rapat segala kisah lalunya sekali gus menjalani hidup sebagai orang asing dengan bapanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain