BAPA kepada penyanyi Vidi Aldiano, Harry Kis membawa kek hari jadi ke pusara anaknya sempena memperingati ulang tahun ke-36 Allahyarham pada Ahad. Kompas melaporkan, momen tersebut menyentuh hati ramai apabila Harry menjelaskan bahawa kek berkenaan bukan sekadar simbol sambutan, sebaliknya sebagai tanda sedekah buat arwah. "Kek ini untuk yang masih hidup. Untuk Vidi, kita kirimkan al-Fatihah saja," katanya. Vidi meninggal dunia pada 7 Mac 2026.Dalam pada itu, Harry berkata pemberian kek tersebut merupakan cara mereka berkongsi rezeki atas nama anak tersayang yang telah pergi buat selamanya.Difahamkan, kek itu kemudiannya diagihkan kepada peminat, kenalan serta wakil media yang hadir di tanah perkuburan.ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Shireen Sungkar, rakan selebriti bina masjid dan perigi, wakaf atas nama Vidi AldianoSelain itu, kawasan pusara turut dihiasi dengan bunga mawar biru, warna simbolik kepada peminat setia Vidi yang dikenali sebagai Vidies.Untuk rekod, Vidi menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac lalu akibat kanser buah pinggang. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan, Indonesia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube