PENYANYI Indonesia, Vidi Aldiano meninggal dunia pada petang Sabtu. Berita duka itu disahkan oleh Pengurus Artis Indonesia, Imarindo menerusi satu pesanan ringkas. "Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, Vivi sahabat kita telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Sabtu, 7 Mac 2026.Vidi meninggal dunia pada petang Sabtu."Kami memohon doa agar segala dosa arwah diampunkan, amal ibadahnya diterima dan ditempatkan di sisi terbaik Allah SWT."Semoga keluarga Vivi terus kuat untuk menerima ujian ini," katanya. Sebelum ini, Vidi dilaporkan menghidap kanser buah pinggang tahap tiga sejak tahun 2019. ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser semakin merebak... Vidi Aldiano anggap kemoterapi seperti jalani rawatan di spaARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano takut ada anak, bimbang penyakit kanser diwarisiPenyakit yang dialami memaksanya menjalani pembedahan membuang sebahagian buah pinggang di sebuah hospital di Singapura selain rawatan susulan termasuk kemoterapi secara berkala.Penyanyi lagu Nuansa Bening itu juga jarang berkongsi tentang penyakitnya sehingga ramai menyangka dia sudah sembuh sepenuhnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube