suria

Bekas suami tampil pertahan Britney Spears selepas ditahan polis

Sam (kanan) mempertahankan Britney selepas penahanannya pada 4 Mac lalu.

BEKAS suami kepada Britney Spears iaitu Sam Asghari tampil mempertahankan penyanyi itu selepas ditahan polis di California atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi hantaran di media sosial, Sam memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi melampau mengenai kes tersebut.

Kata Sam, laporan awal menunjukkan bacaan alkohol Britney tidak dianggap sebagai kesalahan serius kerana berada di bawah bacaan 0.05%. 

Britney (kiri) dan Sam berpisah secara rasmi pada 2024.

"Orang ramai perlu bertenang dengan berita penahanan Britney," katanya. 

Dalam pada itu, Sam turut berpendapat orang ramai seharusnya menunggu fakta sebenar sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai insiden berkenaan.

"Britney berhak mendapat keadilan sama seperti orang lain, tunggu proses undang-undang yang sewajarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, kini di bawah jagaan dua anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bersepah dan kotor penuh tahi anjing, Britney Spears dikecam tak jaga kebersihan

"Bukan semata-mata menjadi tajuk berita atas spekulasi yang dibuat," ujarnya. 

Pada 4 Mac lalu, Britney ditahan pihak polis Amerika Syarikat atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Penyanyi lagu Everytime ini bagaimanapun dibebaskan pada 5 Mac lalu selepas selesai menjalani proses soal siasat.

Wakil pengurusan penyanyi itu turut mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Britney sedia memberi kerjasama penuh terhadap proses undang-undang.

Untuk rekod, Britney dan Sam mendirikan rumah tangga pada Jun 2022 dalam satu majlis tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Sam memfailkan perceraian pada Ogos 2023, sebelum kedua-duanya disahkan berpisah secara rasmi pada tahun berikutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain