suria

Kekal jaga hubungan baik, Jessica Simpson masih sebumbung dengan bekas suami

Jessica dan Eric sepakat dalam hak penjagaan anak.

SELEPAS lebih setahun mengumumkan perpisahan, penyanyi Jessica Simpson dan bekas suaminya, Eric Johnson dilaporkan masih tinggal sebumbung di rumah milik mereka di Hidden Hills, California, Amerika Syarikat.

Memetik laporan People, seorang sumber memberitahu Jessica dan Eric kini masih mencari jalan terbaik dalam merancang masa depan mereka, termasuk berkaitan anak-anak.

"Eric masih tinggal di sana, namun mereka sedang berusaha menjual rumah tersebut.

Selain keluarga, Jessica juga mahu beri fokus kepada kerjaya seni. 

"Matlamat mereka adalah untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan stabil dan terbaik untuk anak-anak. Mereka masih merancang langkah seterusnya," jelas sumber berkenaan.

Malah, kedua-duanya juga masih mengekalkan hubungan baik meskipun tidak lagi berstatus sebagai pasangan suami isteri.

Jessica juga dikatakan kini lebih memberi fokus kepada kerjaya seni selepas mengambil tempoh berehat.

"Hubungan mereka masih baik. Mereka membesarkan anak-anak bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, kini di bawah jagaan dua anak lelaki 

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra di lapangan terbang jadi perhatian, Emma Watson hangat bercinta dengan pewaris konglomerat Mexico

"Jessica kini juga fokus kepada anak-anak dan kerjaya seni serta akan kembali aktif," ujarnya.

Untuk rekod, pada Januari 2025 Jessica mengumumkan dia dan Eric telah berpisah selepas 10 tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain