PELAKON Emma Watson menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan berpengaruh dari Mexico.Individu berkenaan dikenali sebagai Gonzalo Hevia Baillères yang juga merupakan pewaris kepada keluarga konglomerat terkenal di negara tersebut. Memetik laporan TMZ, keluarga Gonzalo memiliki empayar perniagaan bernilai berbilion dolar termasuk dalam sektor perlombongan serta rangkaian gedung membeli-belah mewah.Emma dan Gonzalo kerap dilihat bersama.Malah Gonzalo juga aktif dalam dunia pelaburan selain terlibat dalam beberapa syarikat teknologi dan perniagaan lain.Kisah percintaan pasangan itu mula menjadi bualan ramai selepas beberapa foto mereka dirakam ketika berada di sebuah lapangan terbang di Mexico City baru-baru ini.ARTIKEL BERKAITAN: Bersara awal pilihan tepat, Emma Watson kini hidup lebih tenang ARTIKEL BERKAITAN: Lesen memandu Emma Watson digantung 6 bulan, didenda RM5,900 kerana pandu meluluMenerusi foto berkenaan, kedua-duanya dilihat tidak segan menunjukkan kemesraan apabila berpelukan dan bercium sebelum Emma menaiki pesawat.Bagaimanapun, sehingga kini Emma masih mengunci mulut dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan yang hangat diperkatakan itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube