PENYANYI Lesti Kejora dinasihatkan supaya tidak menambah bilangan cahaya mata selepas melahirkan anak ketiga pada 23 Februari lalu.Menerusi satu video yang dirakam, doktor yang menyambut kelahiran itu memberitahu keadaan dinding rahim Lesti tidak sesuai untuk dia kembali hamil. "Cukup tiga sahaja, jangan tambah lagi. Dinding rahim kamu sudah mulai nipis," jelas doktor berkenaan.Lesti dan Rizky bersama dua anak mereka. Menurut doktor itu, Lesti berdepan risiko kesihatan sekiranya dia kembali hamil.Rakaman tersebut dibuat pada hari Lesti melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Indonesia.Suaminya, iaitu pelakon Rizky Billar dilihat terdiam apabila doktor berkenaan memberi nasihat agar mereka tidak merancang untuk menambah bilangan anak pada masa akan datang.ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali mahu jaga privasi anak, bimbang jadi sasaran di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Kakak jawab dakwaan isteri Virgoun hamil sebelum nikahSebelum ini, kehamilan ketiga Lesti juga mendapat kritikan ramai kerana jaraknya yang terlalu dekat selepas dia melahirkan anak kedua.Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.Mereka juga memiliki dua orang cahaya mata lain, iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar, 5, dan Leshia Tivana Billar, 1 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube