SEORANG penyanyi Korea Selatan berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang.Menurut laporan media tempatan, isteri kepada lelaki berkenaan memfailkan saman tuntutan ganti rugi terhadap penyanyi yang dikenali sebagai Sook Haeng pada September tahun lalu. Kes tersebut kini dibicarakan di Bahagian Sivil 7 Cawangan Seongnam, Mahkamah Daerah Suwon, Seoul dengan sebutan pertama dijadualkan berlangsung pada April depan.Kes melibatkan Sook Haeng bakal dibicarakan pada April depan. Awalnya, Sook Haeng dilaporkan gagal memberikan sebarang maklum balas terhadap saman berkenaan termasuk tidak melantik peguam. Bagaimanapun selepas notis keputusan dikeluarkan mahkamah pada Januari, dia tampil melantik peguam sekali gus menyebabkan tarikh keputusan dibatalkan dan perbicaraan diteruskan.Kontroversi itu mula tercetus pada Disember lalu menerusi program Crime Chief apabila isteri lelaki berkenaan mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi yang dikenali ramai menerusi pertandingan nyanyian.ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit terkenal didakwa lakukan gangguan seksual terhadap staf junior, rakaman CCTV jadi buktiARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita bawa lari RM1.5 juta, disyaki tipu jual tanah tak wujud Susulan dakwaan itu, lelaki terbabit mendakwa dia sudah memaklumkan statusnya sejak awal dan menjelaskan rumah tangganya telah lama bermasalah serta dalam proses perceraian.Sook Haeng turut tampil menjelaskan yang dia percaya lelaki itu sudah berpisah secara rasmi sebelum mereka menjalinkan hubungan.Bagaimanapun, dia menamatkan hubungan berkenaan selepas mendakwa ditipu dan memohon maaf kepada isteri lelaki tersebut. Sook Haeng juga menyatakan kesediaan berdepan tindakan undang-undang selain merancang mengambil memulakan proses saman terhadap lelaki berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube