suria

Tak hormat bulan Ramadan, Azizah Salsha tergamak kongsi gambar pakai bikini

Azizah dikecam kerana kongsi gambar seksi di bulan Ramadan.

PERSONALITI media sosial Indonesia  Azizah Salsha mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa foto seksi di Instagram miliknya. 

Menerusi perkongsian tersebut, Azizah atau mesra disapa Zize itu tampil mengenakan bikini berwarna putih yang menampakkan sebahagian dadanya dan dipadankan dengan seluar berkain jarang. 

Hantaran berkenaan meraih perhatian lebih 100,000 tanda suka dan dibanjiri pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Azizah kena kecam sebab kongsi gambar seksi di bulan Ramadan.

Gambar yang dikongsi Azizah menimbulkan rasa kurang senang.

Ada yang memuji kecantikan personaliti media sosial berusia 22 tahun itu meskipun tanpa solekan tebal.

“Tak pakai mekap pun tetap cantik. 

“Memang real cantiknya,” komen pengikut media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN:  Azizah Salsha menangis peluk ibu mentua, reaksi Pratama Arhan jadi bualan netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas panas isu curang, isteri pemain bola sepak dipecat jawatan CEO

Namun, tidak kurang juga ada yang mengkritik penampilannya yang dianggap terlalu seksi, tambah pula foto tersebut dimuat naik ketika dalam bulan Ramadan.

Malah ada yang meninggalkan komen pedas meminta agar dia lebih menjaga sensitiviti sepanjang bulan mulia ini. 

“Macam tak sesuai post macam ni dalam bulan Ramadan, kak?

“Boleh tak tahan sikit daripada posting gambar macam ni, ini kan bulan puasa,” komen pengguna lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain