suria

Azizah Salsha menangis peluk ibu mentua, reaksi Pratama Arhan jadi bualan netizen

Reaksi Arhan (kiri) ketika Azizah hadir di majlis tahlil bapanya mengundang perhatian ramai.

PERSONALITI media sosial, Azizah Salsha kelihatan sebak memeluk ibu mentuanya, Mak Ti sewaktu menghadiri majlis tahlil bapa mentuanya, Sutrisno Raji pada 7 Disember lalu.

Menerusi video tular di media sosial, Azizah dilihat memeluk erat Mak Ti sambil menahan sebak sekali gus menunjukkan keakraban antara mereka.

Dalam momen lain ibu Azizah turut memeluk nenek Arhan, sementara Azizah sendiri dilihat menghulurkan tangan untuk menenangkan keluarga yang sedang bersedih.

Arhan dan Azizah (kanan) bercerai pada 29 September lalu.

Namun, perhatian netizen turut tertumpu kepada bekas suami Azizah iaitu pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan yang kelihatan agak dingin dan lebih fokus berbual dengan tetamu. 

Reaksi Arhan itu mengundang spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungannya dengan Azizah.

"Nampak janggal betul mereka (Azizah dan Arhan) sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pratama Arhan, Azizah Salsha sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun pisah ranjang, gaduh besar antara punca Pratama Arhan fail cerai.... Misi dan visi juga berbeza

"Arhan sekarang nampak dingin dengan Azizah, mungkin dia sedar betapa sakitnya dikhianati isterinya dulu," tulis netizen.

Kehadiran Azizah bersama ibu dan adiknya mencuri perhatian apabila dia masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga Arhan walaupun sudah berpisah. 

Untuk rekod Azizah dan Arhan mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023, namun mereka disahkan berpisah 29 September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain