suria

Suspek curi kad kredit suami Jeon Hye Bin di Indonesia akhirnya ditahan, ada kaitan dengan sindiket antarabangsa

Suspek guna kad kredit suami Hye Bin ditahan di Indonesia.

INDIVIDU yang mencuri kad kredit milik suami pelakon Korea Selatan, Jeon Hye Bin hingga menyebabkan kerugian kira-kira 15 juta won (RM45,000), akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Menurut laporan media Indonesia, polis menahan satu sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. 

Kumpulan itu terdiri daripada 10 individu, manakala lima mangsa dikenal pasti termasuk suami Hye Bin yang merupakan warga Korea Selatan. 

Selepas dua bulan akhirnya suspek curi kad kredit suami Hye Bin diberkas.

Mangsa lain pula terdiri daripada warga Korea dan China.

Suspek dalam sindiket itu difahamkan melibatkan warganegara Indonesia, China dan Mongolia. 

Mereka dipercayai menggunakan kad kredit yang dicuri untuk membuat pindahan wang ke akaun luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit Jeon Hye Bin hilang di Bali, pencuri ‘swipe’ RM45,000 dalam tempoh 10 minit 

ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Hye Bin umum hamil empat bulan, sedang persiapkan diri bergelar ibu

Pada Oktober lalu, Hye Bin, 42, berkongsi kejadian tersebut di media sosial, memaklumkan kad kredit suaminya dicuri ketika berada di Ubud, Indonesia. 

Aktres itu turut menasihatkan pelancong supaya lebih berhati-hati kerana kejadian berlaku dalam masa singkat.

Untuk rekod, Hye Bin berkahwin dengan seorang doktor gigi pada 2019 dan pasangan itu menyambut kelahiran anak lelaki pertama mereka pada September 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia