suria

Pelakon nafi buat pembedahan besarkan payudara, dedah semuanya asli… “Saya punya paling kecil dalam keluarga”

Yoon Joo sangkal dakwaan kononnya dia buat pembedahan payudara.

MODEL dan pelakon Korea Selatan, Jang Yoon Joo tampil menjawab dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan payudara seperti diperkatakan segelintir netizen.

Menerusi video terbaharu di saluran YouTube miliknya, Yoon Joo 45, berkata dia menyedari terdapat komen yang menuduhnya melakukan pembedahan, namun menegaskan perkara itu tidak benar.

“Saya tahu ada yang kata saya buat pembedahan payudara, tetapi ini semua memang asli. 

Yoon Joo tegaskan dia tidak membuat apa-apa prosedur untuk besarkan payudaranya.

“Dalam keluarga saya, ibu mempunyai payudara yang besar. Saya pula anak bongsu daripada tiga beradik perempuan dan payudara kakak-kakak saya dua kali ganda lebih besar daripada saya,” katanya.

Menurut Yoon Joo, bentuk tubuh yang dimiliki adalah faktor keturunan dan sering berdepan pelbagai kerisauan termasuk masalah kendur.

Malah, Yoon Joo turut berkongsi beberapa rutin penjagaan tubuh yang diamalkan, termasuk mengenai bentuk pinggul yang sering menjadi perhatian peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Implan payudara penyanyi wanita ini pecah, terlalu seronok nikmati hubungan intim

ARTIKEL BERKAITAN:  Nikita Mirzani posing seksi nampak bentuk payudara, tapi seluar ungu pula jadi bualan netizen ‘otak kuning’

“Memang genetik, malah payudara saya adalah yang paling kecil dalam keluarga.

“Pernah seorang pelakon senior tanya bagaimana saya boleh ada bentuk pinggul walaupun badan saya kurus. Bila usia meningkat dan semakin kurus, bahagian paha serta pinggul akan mula jatuh dan nampak kurang menarik.

“Antara senaman yang sangat berkesan bagi saya adalah EMS atau senaman seluruh badan. Saya buat sekali seminggu selama tujuh tahun,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain