KISAH rumah tangga penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila timbul dakwaan selebriti itu memfailkan cerai terhadap suami, Tiko Aryawardhana.
Menurut laporan media Indonesia, beberapa hantaran mendakwa Bunga telah memfailkan cerai, malah turut dikaitkan dengan tuduhan kononnya berlaku kes keganasan rumah tangga (KDRT) sehingga penyanyi berkenaan didakwa meluahkan masalah kepada aktor Reza Rahadian.
Perkongsian itu mula tersebar selepas dimuat naik oleh beberapa akaun di media sosial tanpa sebarang semakan fakta.

Spekulasi rumah tangga BCL tular di media sosial.
Antara hantaran tersebut termasuk dakwaan yang dibuat oleh akaun @santisyamsuri23, yang kemudian dikongsi semula oleh pelbagai akaun lain.
“Gugat cerai Tiko dan alami KDRT, BCL luahkan kesedihan kepada Reza Rahadian," tulisnya.
Namun, hasil semakan mendapati semua tuduhan berkenaan hanyalah berita palsu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bunga Citra Lestari bahagia ada tiga keluarga, syukur ibu bapa Ashraf Sinclair terima suami baharu
ARTIKEL BERKAITAN: BCL ziarah kubur Ashraf Sinclair, netizen tak senang duduk... “Dah sempurna jadi ibu tunggal kenapa nikah lagi”
Sebaliknya, perkongsian terbaharu Bunga di Instagram jelas memperlihatkan hubungan rumah tangganya bersama Tiko berada dalam keadaan harmoni.
Dalam hantaran tersebut, Bunga dan Tiko dilihat menikmati percutian romantik sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Beberapa foto memperlihatkan pasangan itu menikmati makan malam dalam suasana mesra dan intim, sekali gus menepis dakwaan bahawa rumah tangga mereka sedang bermasalah.
Bukan itu sahaja, Bunga turut berkongsi foto dirinya menerima kejutan berupa sejambak bunga mawar putih daripada suami tercinta.

Bunga (kanan) dan Tiko sedang menikmati percutian sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Untuk rekod, Bunga dan Tiko bernikah di Bali, Indonesia pada 2 Disember 2023.
Sebelum ini, Bunga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair, 14 tahun.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


