BINTANG rancangan realiti Below Deck iaitu Fraser Olender mendedahkan dia mengalami serangan jantung ketika berada di London gara-gara tabiat penggunaan rokok elektronik atau vape secara keterlaluan.
Berkongsi detik cemas itu, Fraser, 33, berkata dia mengalami sakit dada yang kuat sehingga sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.
Setelah mendapatkan rawatan, dia dimaklumkan doktor dirinya mengalami keracunan vape atau Vaping-Associated Lung Injury (EVALI) yang turut menyebabkan keadaan di mana saluran darah ke jantung mengecut secara mendadak.

Fraser kini semakin pulih.
Jelasnya situasi itu mengurangkan aliran darah ke jantung dan mencetuskan serangan jenis ST-elevation myocardial infarction (STEMI).
“Saya tak pernah rasa takut atau sakit seperti itu. Dua kali dos morfin pun tak membantu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam hantaran tersebut memaparkan dirinya sedang mendapatkan rawatan di hospital.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu Nia Ramadhani pakai baju singkat, selamba tegur minta tutup bahagian tubuh terdedah
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia lama Cho Jin Woong terbongkar, ada banyak rekod jenayah termasuk kes rogol… Tukar nama demi tutup kisah silam
Tambahnya, dia bernasib baik kerana mendapatkan rawatan segera dan kini sedang dalam proses pemulihan penuh.
Namun mengakui dirinya sangat trauma dengan kejadian tersebut dan berharap ia tidak akan terulang lagi.
Malah dia turut menasihatkan peminat supaya berhenti menggunakan rokok elektronik serta-merta sebelum terlambat.
“Kalau saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan hentikan vape lebih awal. Ini satu pengajaran besar dalam hidup yang saya lalui,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


