suria

Netizen tuduh tidak menderma, Sammi Cheng tampil beri penjelasan… Doa juga boleh jadi bantuan

Sammi ada cara sendiri tunjuk rasa prihatin.

LUAHAN rasa prihatin bintang Hong Kong, Sammi Cheng, terhadap mangsa kebakaran kawasan perumahan di daerah Tai Po pada 26 November lalu bagaikan tidak cukup buat sesetengah netizen.

Ramai yang menuduh penyanyi dan pelakon berusia 53 tahun itu tidak memberi bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa.

Tuduhan itu juga timbul selepas nama Sammi tidak disebut dalam mana-mana laporan media sebagai salah seorang selebriti yang memberi sumbangan kewangan.

Sammi sudah menyalurkan sejumlah wang bagi membantu mangsa. 

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Sammi menegaskan bahawa dia tidak mahu keikhlasan dalam memberi bantuan menjadi bahan perbualan orang ramai.

“Bagi saya, perbuatan menderma berakhir selepas memberi. Saya tidak risau sama ada derma itu dilaporkan atau tidak. Itu bukan fokus saya.

“Selepas menderma, saya lebih menumpukan pada sama ada wang daripada para penderma digunakan dan disalurkan dengan betul kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia lama Cho Jin Woong terbongkar, ada banyak rekod jenayah termasuk kes rogol… Tukar nama demi tutup kisah silam 

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan melampau Park Na Rae bawa padah, bekas pengurus failkan saman... Berang kerja seperti pembantu rumah

Dia turut menyelar mana-mana pihak yang terus memberi kecaman seolah-olah dia tidak pernah mempunyai rasa simpati terhadap mangsa terlibat.

Difahamkan, Sammi telah memberi sumbangan kira-kira RM150,000 pada hari sama kejadian berlaku.

Wang tersebut disalurkan kepada Pertubuhan Red Cross serta Hospital Yan Chai di sana.

Kebakaran 7 blok aparment di daerah Tai Po. 

Sammi sebelum itu, dalam satu hantaran berbeza, berkongsi rasa simpati terhadap kejadian kebakaran yang meragut nyawa 159 penghuni.

Dia juga berkongsi momen ketika pergi ke sebuah gereja yang mengadakan upacara berdoa selepas insiden berkenaan.

Penyanyi itu dalam masa sama memberitahu bahawa doa juga merupakan salah satu bentuk bantuan untuk mereka yang terjejas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain