ENGGAN ibunya menjadi perhatian, anak kepada pelakon Nia Ramadhani secara terbuka menegur penampilan aktres iti ketika mereka bercuti di Disneyland, California, Amerika Syarikat.
Dalam video yang dikongsikan, Magika Zalardi Bakrie melarang Nia memakai baju potongan tank top selain memita ibunya menutup tubuh dengan baju yang lebih besar.
Namun Nia secara berseloroh tidak bersetuju dengan teguran tersebut kerana merasakan cuaca di kawasan berkenaan panas dan lebih sesuai untuk memakai pakaian yang lebih santai.

Magika tegur penampilan ibunya semasa bercuti.
"Nanti kalau dah besar, takkan kekasih pun dipaksa pakai sweater masa panas macam ini? Kita tak boleh buat apa kalau orang tengok, itu bukan salah kita,” katanya.
Nia turut menjelaskan kepada anaknya bahawa ramai pengunjung lain di Disneyland turut mengenakan pakaian singkat seperti baju tanpa lengan dan seluar pendek.
Dalam video sama, Nia dilihat cuba membuka sweater yang dipakainya tetapi tindakan itu menyebabkan Magika berang.
ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani ambil ‘angin’ baharu, pindah Singapura demi pendidikan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan masuk tahun ke-15, suami tak pernah curangi Nia Ramadhani
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan rata-rata netizen memuji tindakan Magika yang disifatkan prihatin dan matang.
“Bersyukurlah ada anak lelaki yang boleh menegur. Nanti mesti Nia akan ubah penampilannya.
“Anak lebih tahu malu daripada ibunya. Selalu ingatkan tentang aurat,” ujar beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


