TIDAK tahan bentuk badan menjadi jenaka, penyanyi Lizzo tampil menyelar tindakan netizen yang bercakap buruk tentang bentuk fizikalnya.
Luah Lizzo, 37, dia terkejut kerana masih terdapat individu yang suka mempersendakan orang lain.
Bagaimanapun, jelas penyanyi itu, kecaman dan hinaan tersebut langsung tidak mempengaruhi keyakinannya.

Lizzo bangga dengan tubuh badannya sekarang ini.
"Mereka ketawakan saya sebab saya gemuk. Biar saya ingatkan semua orang, jangan biarkan sesiapa memperlekehkan tubuh kamu!
"Badan kita adalah untuk diri sendiri, bukan untuk mereka pun," katanya menerusi hantaran di Instagram sambil memuat naik gambar berbikini di tepi kolam.
Menurut penyanyi Love in Real Life itu, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan bentuk tubuh masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: Usia dah meningkat, Jackson Wang masih tinggal dengan ibu bapa... Tak mahu lepas peluang waktu bersama
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak rasa apa-apa pinggang dirangkul, anggap Jackson Wang macam adik sendiri
"Kalau saya buat pembedahan, jaga hal kalian. Kalau saya turun 100 paun atau naik balik berat itu, jaga sahaja hal anda sendiri.
"Yang penting, punggung gemuk saya tetap hidup dalam kepala anda," ujarnya.
Penyanyi itu sebelum ini sering berdepan kecaman mengenai berat badannya termasuk spekulasi menggunakan ubat kurus, namun dia menegaskan perubahan tubuhnya adalah hasil usaha dan rutin kesihatan sendiri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


