suria

"Perkahwinan adalah ibadah" - Andre Taulany tak serik nikah lagi

Andre Taulany mengakui dia tidak trauma untuk kembali berkahwin.

PELAWAK dan pengacara Indonesia, Andre Taulany mengakui dia tidak trauma untuk kembali berkahwin meskipun baru sahaja berpisah dengan bekas isterinya, Rien Wartia Trigina.

Kata Andre, 51, biarpun sukar melalui fasa perceraian, namun ia bukan alasan untuk menutup pintu hati daripada kembali mencari kebahagiaan.

Apa yang berlaku sekarang ini tidak membuat saya takut untuk menikah lagi sebab perkahwinan itu ibadah, kalau pun berakhir maknanya jodohnya hanya sampai di situ,” katanya.

Bekas vokalis kumpulan Stinky itu menegaskan dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti. 

Pun begitu, bekas vokalis kumpulan Stinky itu menegaskan dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti. 

Jelasnya, tumpuan utama ketika ini adalah untuk menyusun kembali kehidupan sendiri dan memberikan perhatian  kepada anak-anak.

“Harap selepas ini semuanya menjadi lebih baik. Ini masa untuk fokus pada diri sendiri dan hidup baharu. Saya juga mahu membesarkan dan bersama anak-anak,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Capai kata sepakat, Andre Taulany dan isteri cerai luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Sering pesan Gojek jadi punca cerai, Andre Taulany dedah isteri belanja RM500 sehari

Dalam pada itu, Andre memastikan hubungan dengan bekas isterinya tetap terjalin baik demi kebaikan tiga cahaya mata mereka.

Untuk rekod, Andre Taulany secara rasmi mengakhiri perkahwinannya bersama Rien Wartia Trigina dengan melafazkan talak di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Rabu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia