suria

Peminat tercegat depan rumah Afgan, bawa ibu untuk melamar

Afgan berkongsi momen saat dilamar peminat di depan rumah.

PENYANYI Afgan berkongsi pengalaman lucu apabila pernah dilamar oleh seorang peminat yang sanggup datang ke rumah keluarganya.

Menurut Afgan, 36, kejadian itu berlaku ketika dia masih menetap bersama keluarga. 

Kata Afgan, ketika kejadian kakaknya memaklumkan terdapat seorang wanita yang ditemani ibunya berada di depan rumah mereka dan mahu berbincang mengenai hal peribadi. 

Afgan tidak menyangka peminat berani melamarnya untuk berkahwin.

"Saya pernah dilamar peminat. Waktu itu saya masih tinggal di rumah keluarga. Tiba-tiba kakak saya cakap ada ibu kepada seorang anak di depan rumah mahu bercakap soal peribadi. 

"Saya pun pelik memikirkan hal peribadi apa pula ini. Kemudian wanita itu memperkenalkan anaknya yang merupakan peminat saya dan kini bekerja sebagai seorang doktor gigi. 

"Katanya tujuannya ke sini (rumah) mahu melamar saya. Mahu tak jadi menantu saya? Nikah dengan anak saya," katanya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai tasbih digital dah jadi amalan, zikir buat hati Afgan lebih tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan kongsi rasa dalam ‘Retrospektif’, karya lebih matang selepas bereksperimen

Afgan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pelakon Indonesia, Raditya Dika.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kacamata ini mengakui terkejut kerana dilamar secara tiba-tiba di depan rumah. 

Tidak mahu menyinggung perasaan keluarga itu, Afgan akhirnya menolak dengan baik.

"Terkejut saya dilamar di depan rumah. Saya bingung nak jawab apa. 

"Wanita itu diam saja. Apa yang pelik saya tak tahu kenapa ibunya rasa semudah itu untuk berkahwin. 

"Saya pun minta maaf dan beritahu belum terfikir untuk bernikah," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia