DEMI membersihkan nama baiknya, penyanyi Taiwan Show Luo sanggup melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap dua anak pengurusnya.
Ia ekoran timbul spekulasi liar bahawa dua kanak-kanak berkenaan merupakan anak kandungnya memandangkan Show, 27, sudah lama berkerjasama dengan wanita itu.
Tindakan berani Show itu menamatkan segala spekulasi apabila laporan DNA mendapati tiada padanan antara mereka.

Proses yang dilalui Show bersama anak angkatnya.
Perkara itu dikongsikan pengurusnya di media sosial dengan memaparkan Show bersama dua kanak-kanak itu menjalani proses ujian DNA di sebuah hospital.
“Walaupun tiada hubungan darah, terima kasih Show kerana sentiasa menyayangi mereka seperti ayah sendiri.
"Khabar angin buat mereka yang tak bijak, kami buktikan semuanya," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan di MAMA 2025 jadi bualan, netizen ‘membawang’ kualiti suara G-Dragon yang dianggap memalukan
ARTIKEL BERKAITAN: Vanessa Hudgens timang anak kedua, dedah pembuluh darah mata pecah ketika kontraksi
Sebelum ini, Show dalam satu kenyataan mengakui bahawa dua kanak-kanak itu merupakan anak angkatnya.
Bagaimanapun sehingga kini Show tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


