suria

Dua tahun tiada pasangan, Jackson Wang lepaskan ‘kepuasan sendirian’... Ramai faham maksud sebenar

Jackson terbuka kongsi kisah keperluan nafsu.

TERBUKA berkongsi kisah peribadi, penyanyi Jackson Wang tidak malu bercerita secara terbuka mengenai perkara yang dilakukan sebagai jejaka yang masih belum mempunyai pasangan hidup.

Dalam satu temu bual, Jackson, 31, berkata dia mendapatkan 'kepuasan' secara sendirian selepas perkenalan dengan beberapa individu berakhir tanpa hubungan yang serius.

Meskipun tidak menyatakan secara langsung, rata-rata peminat sudah dapat meneka maksud sebenar di sebalik kata-kata penyanyi itu yang merujuk kepada perbuatan onani.

Jackson masih belum ada teman istimewa. 

"Orang datang dan pergi... kebanyakan masa saya selesaikan sendiri. Saya juga manusia biasa. Saya ada keperluan peribadi," katanya. 

Kenyataan Jackson itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat termasuk rasa kurang senang kerana statusnya sebagai seorang selebriti. 

ARTIKEL BERKAITAN: Usia dah meningkat, Jackson Wang masih tinggal dengan ibu bapa... Tak mahu lepas peluang waktu bersama 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak rasa apa-apa pinggang dirangkul, anggap Jackson Wang macam adik sendiri

Namun ramai juga yang terhibur dengan sikap terbuka Jackson apabila berkongsi hal yang terlalu peribadi.  

Sementara itu, menyentuh mengenai kriteria pemilihan pasangan hidup, anggota kumpulan Got7 ini memberitahu dia lebih mengutamakan keserasian ketika bersama dengan seseorang yang istimewa. 

"Saya tak ada standard. Asalkan anda seorang manusia, itu pun sudah cukup

"Apa yang penting kita boleh serasi. Benda macam ini tak boleh ditentukan dengan standard pun," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia