suria

Usia dah meningkat, Jackson Wang masih tinggal dengan ibu bapa... Tak mahu lepas peluang waktu bersama

Jackson masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya.

PENYANYI Jackson Wang mengakui tidak malu masih tinggal serumah dengan ibu bapanya meskipun sudah dewasa dan memiliki kehidupan peribadi sendiri.

Bagi Jackson, 31, dia mahu terus menikmati kehidupan dalam suasana keluarga harmoni seperti yang dilaluinya sejak kecil.

Pengalaman rakan-rakan terdekat turut membuatkan penyanyi itu memilih untuk kekal menetap di rumah asalnya.

Jackson mahu balas jalas ibu bapanya. 

"Saya ada beberapa rakan yang hanya melawat ibu bapa apabila berlaku sesuatu seperti sakit. Cerita sebegitu membuatkan saya tersentuh. Saya masih tinggal bersama ibu bapa di Shanghai (China). 

"Apabila semakin dewasa kita ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Kita berada dalam dunia sendiri sehingga cenderung untuk melupakan ibu bapa kerana berasa mereka sentiasa akan ada," ujarnya. 

Tambah anggota kumpulan GOT7 ini, kesempatan yang ada juga adalah peluang untuk dia membalas kembali jasa kedua ibu bapa yang telah mendidik sejak kecil. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak rasa apa-apa pinggang dirangkul, anggap Jackson Wang macam adik sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Jackson Wang letak sasaran kahwin umur 35 tahun... Minta bantuan peminat jika tak jumpa calon

Menurut Jackson ibu bapanya telah banyak berkorban untuk membesarkan dia dan abangnya. 

"Saya pun mahu lebih kerap bersama ibu bapa sebab mereka telah berkorban sepanjang hidup untuk membesarkan saya dan abang, sedangkan mereka boleh memilih jalan hidup lain. 

"Mereka tinggalkan banyak benda hanya untuk kami dan saya rasa sekarang giliran saya pula sebagai seorang anak," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia