NAMA pelakon Park Si Hoo kembali menjadi bualan selepas timbul dakwaan dia bertindak sebagai orang tengah hingga menyebabkan berlaku pergolakan rumah tangga. Bukan sebagai orang ketiga, sebaliknya Si Hoo dikatakan sebagai ejen yang memperkenalkan wanita kepada lelaki lain. Isu berkenaan mula timbul apabila seorang wanita mendedahkan rumah tangganya musnah akibat sikap curang suaminya sebelum ini. Si Hoo bakal berdepan tindakan saman. Wanita yang dikenali sebagai A itu mendakwa Si Hoo sebagai punca sehingga bekas suaminya melakukan hubungan sulit. Tidak hanya itu, A percaya bekas suaminya itu juga memberikan duit kepada wanita berkenaan selepas menemui butiran akaun bank. ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung didakwa sudah berkahwin, kurang setahun selepas isu anak luar nikah terbongkar ARTIKEL BERKAITAN: Susah sangat ambil lesen memandu, Mi Joo beli G-Wagon duluMalah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama terhadap Si Hoo kerana menjadi punca rumah tangga bermasalah. "Saya akan saman awak. Saya telah kehilangan anak, saya tidak takut lagi," tegasnya. Pada tahun 2013 Si Hoo pernah mencuri tumpuan ramai apabila dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang selebriti wanita. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube