suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MGK buat pengakuan aneh, hanya makan daripada air rebusan tulang 

Pendedahan yang dibuat Machine membuatkan ramai peminat risau.

PENYANYI dan rapper terkenal, Machine Gun Kelly (MGK) mencetuskan kebimbangan peminat selepas mendedahkan dia hanya makan beberapa kali sahaja dalam seminggu dan selebihnya hanya bergantung kepada air.

Menerusi satu temu bual santai yang tular di Instagram, Machine atau nama sebenarnya Colson Baker, 35, berkata dia tidak mempunyai selera makan dan lebih gemar minum air, kopi serta merokok.

Machine lebih gemar untuk minum air berbanding makan. 

“Saya tak makan sangat. Selalunya hanya minum air. Kalau tak kerana sedang buat siaran langsung, saya pun takkan makan burger itu,” katanya. 

Tambah Machine, sekiranya dia benar-benar lapar dia hanya makan kimchi dan kubis jeruk (sauerkraut) yang dimasak bersama air rebusan tulang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Meloyakan! Bekas kekasih dedah tabiat pelik Machine Gun Kelly

ARTIKEL BERKAITAN: Machine Gun Kelly cuba perbaiki hubungan, Megan Fox tetap mahu berpisah

“Ada masanya saya rasa lemah atau pening juga. Tapi saya akan makan beberapa kali seminggu, itu pun makanan macam kimchi, sauerkraut dan jus saderi saja,” ujarnya.

Pendedahan MGK itu nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan dia mengalami masalah pemakanan dan kekurangan zat apabila diet hariannya hanyalah kopi, rokok dan air kosong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain