suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber sedia tambah anak, isteri letak syarat sebelum kembali hamil

Hailey berkongsi foto anak di Instagram.

ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber dikatakan sedia untuk menambah bilangan ahli keluarga selepas setahun kelahiran cahaya mata pertama mereka. 

Bagaimanapun Hailey yang juga merupakan seorang model menetapkan syarat tertentu untuk dia kembali hamil. 

Menurut sumber, kedua-dua mereka perlu menghindari sebarang bentuk perhatian umum dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Sebelum ini timbul spekulasi keretakan rumah tangga Justin dan Hailey (kanan).

"Hailey mahu menimang cahaya mata kedua bersama Justin tetapi hanya jika mereka dapat meluangkan masa bersama dan jauh daripada tumpuan media," kata satu sumber seperti dipetik dari Mirror. 

Hasrat tersebut sekaligus meolak dakwaan hubungan kedua-duanya bermasalah selepas timbul pelbagai dakwaan mengatakan mereka tidak lagi sehaluan.  

Malah perkongsian gambar terbaharu Hailey juga seolah-olah menegaskan bahawa perkahwinan mereka masih dalam fasa bahagia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hailey sudah tak pakai cincin kahwin, kunci mulut rumah tangga bersama Justin Bieber berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bimbangkan kesihatan Justin Bieber, rupanya isteri sedang derita ketumbuhan

"Dia (Justin) mungkin nampak sedikit tersasar kadang-kadang tetapi hakikatnya dia seorang yang merendah diri dan sangat menghargai peranannya sebagai bapa," tambah sumber itu lagi. 

Untuk rekod Justin dan Hailey mendirikan rumah tangga pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat. 

Mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Jack Blues yang kini berusia setahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain